Friday, August 10, 2007

Ketam Peninju Dan Ikan Jantung

KETAM PENINJU


Pernahkah anda dengar mengenai Ketam Peninju (boxer crab)? Ketam ini dijadikan oleh Allah dengan keadaan mempunyai sarung tinju yang beracun. Ia akan menumbuk muka musuhnya menggunakan sarung tinju ini.

Ketam adalah binatang yang tergolong kepada kumpulan crustacea yang digelar decapods, dan ini termasuklah jenis-jenis udang. Mereka ini ada 5 pasang kaki dan kaki hadapan biasanya berbentuk sepit.

Bagaimanakah caranya Ketam Peninju ini mendapatkan sarung tinjunya? Dia akan memujuk dua ekor anemone kecil (binatang ini berbentuk seperti tumbuh-tumbuhan, dan ia beracun) untuk duduk di atas kedua sepitnya. Maka sarung tinju untuk seseekor Ketam Peninju mungkin berbeza warna, ada yang putih, ada yang kuning, bergantung kepada warna anemone yang diambilnya itu. Jika ada musuh yang datang amat rapat, Ketam Peninju akan menumbuk, iaitu dengan cara menghantar anemone beracun itu ke muka musuhnya.

Begitulah, lihatlah bagaimana Allah menjadikan makhluknya dan menyediakan cara untuk makhluknya melindungi diri dari gangguan musuh. Bagi Ketam Peninju, mungkin sepitnya tidak sekuat mana, menyebabkan ia perlukan anemone bagi menjadikannya sepit beracun. Semua itu adalah tanda kekuasaan Allah, dan apa yang dilakukan oleh Ketam Peninju adalah atas perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.

IKAN JANTUNG (LUNGFISH)


Ikan Jantung ditemui di Amerika Selatan, Afrika dan Australia, bentuknya seperti belut dan panjangnya ialah 3 hingga 7 kaki. Berbeza dari ikan-ikan lain, Ikan Jantung (lungfish) bernafas menggunakan organ yang menyerupai jantung yang bersambung dengan kerongkongnya. Dengan adanya organ ini, Ikan Jantung boleh hidup dalam lumpur (tasik atau sungai yang sudah tidak berair) hingga 4 tahun.

Jika sesebuah sungai atau tasik menjadi kering, kebanyakan ikan tentu akan mati kerana ingsang hanya boleh mengumpul oksigen dari air, bukan dari udara. Tapi Ikan Jantung masih hidup walau tertanam dalam lumpur yang sudah tidak berair untuk tempoh yang lama. Bagaimanakah cara yang dilakukan oleh Ikan Jantung untuk terus hidup?

Bila sungai atau tasik mulai kering, Ikan Jantung akan menanamkan dirinya ke dalam satu lubang sedalam kira-kira 2 kaki, dan ia akan membiarkan satu lubang kecil yang menghala ke atas, agar ia boleh bernafas! Ini satu lagi tanda kekuasaan Allah. Ikan Jantung tidak akan tahu apa yang akan dilakukannya apabila air tasik jadi kering melainkan setelah dapat 'ilham' dari Allah Yang Maha Bijaksana.


HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

No comments: