Apa dalam dompet mu
CUBA anda kosongkan dompet yang mungkin sekian lama sudah tidak ditukar ganti. Tentu kebiasaannya akan ada wang ringgit, duit syiling pelbagai dokumen pengenalan diri, kad perniagaan, panel klinik, kad ATM atau mungkin resit-resit penting yang setia mendiami setiap bahagian di dalam dompet.
Dalam pada anda menyelak setiap ruang di dalam dompet anda, tentu ada ‘khazanah’ yang mungkin menjadi sesuatu yang cukup nostalgia dalam diri anda. Jika tidak gambar seseorang yang istimewa, mungkin juga ada kepercayaan yang diamalkan sebagai mengikut resam orang dulu-dulu.
Umpamanya, menyimpan wang kertas lama, melipatkan kecil-kecil wang ringgit secara tersorok di dalam dompet atau juga mungkin ada di kalangan mereka menyimpan kertas yang tertera kata-kata semangat sebagai salah satu motivasi diri dan kemajuan di masa depan.
Melihatkan gelagat sesetengah orang yang mempunyai amalan dan kepercayaan tertentu, kadang-kala timbul pula rasa lucu. Mungkin anda sendiri tidak mengamalkan sebegitu, tetapi cuba-cubalah anda bertanyakan kenalan rapat yang mungkin ada menyimpan khazanah tertentu di dalam dompet mereka.
Pada masa inilah anda boleh mengetahui apakah yang ada di dalam dompet kenalan anda. Siapa tahu, mungkin ada gambar teman istimewanya pada zaman remaja dulu yang masih setia tersimpan di dalam dompet, atau juga pelbagai panduan untuk menjadi teman setia?
Apa ada dlm dompet korang...? Aku penah tgk dompet sorang dr member aku,dia simpan note RM50 yang nombor sirinya berakhir dgn 113.Katanya ada sorang ustaz ckp duit kertas yg bernombor siri berakhir dgn 113 kalo di simpan dlm beg duit akan menjadi ibu duit.(semangat poket) korang percaya ke?
HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar
1 comment:
Salam,
Dalam beg duit sy ada nota tulisan tangan ayah yg di beri hampir 20tahun dulu.
Doa utk saya sewaktu mula merantau ke KL.
Post a Comment