Kita Wajib Bersyukur
Bersyukur kita tinggal di Malaysia. Negara aman makmur. Orang kita mati sebab makan. Kat Afrika nun, orang mati sebab tak makan! Aku baru selesai menyampaikan syarahan kepada 3 orang anak bertuah aku (Leteran sebenarnya - malah lebih panjang berjela lagi). Tabiat suka membazirkan makanan yang ada. Pantang betul aku kalau sesiapa suka membazirkan makanan.
Bila tengok gambar-gambar di bawah ni, aku rasa sedih, ngeri, takut, kasihan....... dan berbagai perasaan yang sukar nak aku jelaskan. Tapi rasanya gambar di sini dapat menterjemahkan apa yang aku rasa.
Gambar di atas merupakan pemenang Pulitzer 1994. Gambar di ambil oleh Kevin Carter yang merakamkan detik tersebut di Sudan berhampiran dengan Kem Makanan PBB di sana.
Burung tersebut menunggu budak itu mati, kerana apabila budak itu mati, ia boleh memakan mayat budak itu.
Kevin Carter terus meninggalkan Sudan selepas mengambil gambar di atas. Tiga bulan kemudian, beliau membunuh diri akibat tekanan perasaan.
HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar
No comments:
Post a Comment