Tuesday, June 26, 2007

Rahsia Seks Lelaki dan Wanita

RAHSIA KAHWIN

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Benarkah seks itu penting atau cukupkah sekadar kemesraan bersama, sikap bertolak ansur serta mengambil berat di antara satu sama lain? Bagaimana caranya untuk membangkitkan suasana hangat sentiasa? Inilah yang cuba dikaji dan dibentangkan oleh ruangan ini (khas untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja!).



Rahsia Seks Lelaki

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

Rahsia Seks Wanita

Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.

WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.

Pelajaran Seksual



Mencari G-Spot

Bagaimanakah caranya mencari G-Spot? Inginkan panduan? Sila rujuk di sini atau sila baca artikel G-spot ini (18sx* - untuk mereka yang sah di sisi undang-undang untuk melayari laman ini sahaja).



Cepat Klimaks

Masalah cepat klimaks di kalangan pengantin baru kadang-kala di anggap sebagai perkara biasa bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Sekiranya mereka yang belum berpengalaman, nafsu yang membuak-buak sering membuatkan mereka cepat tersadai. Memang pada mulanya isteri tidak akan "complain" kerana malu tetapi jika ia berterusan akan meruntuhkan rumahtangga. Banyak cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah dengan teknik kemutan atau senaman kegel (otot pc anda yang terletak antara zakar dan lubang dubur anda). Jika masih tidak berjaya mungkin cara berikut boleh dicuba:

* Cuba memikirkan perkara yang kurang menyeronokkan.

* Masuk dan tarik jika terasa ingin keluar.

Foreplay

Apakah wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan intim?

* Dahi - Minta teman anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh romantis
* Leher - Mulakan dengan mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.
* Telinga - Usap telinga pasangan anda dengan lidah.
* Bibir - Cium perlahan-lahan dan dengan lama.
* Mulut - Beri ciuman french kiss yang mengejutkan!


Teknik-terknik persetubuhan atau senggama
Pelbagai buku ada di pasaran sama ada secara explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya pilihlah jimak secara islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja akan membosankan. Jadi, ini ada artikel tentang kaedah berjimak atau bersenggama yang dijamin akan manghasilkan aksi yang ghairah dan hebat di ranjang tidur!

TEKNIK BERSETUBUH BARAT
Sebenarnya terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup menyenangkan.

Female Sexual Dysfunction (FSD)

Ini berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai masala Erection Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female Sexual Dysfunction (FSD). Masalah ini boleh dibahagi kepada empat keaadan; kurang bernafsu, kesukaran mencapai keghairahan, kesukaran menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika bersetubuh. Jika lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi masalah mereka, kini wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari pencetus kemesraan untuk menambahkan keseronokkan hubungan kelamin. Zestra dirumus daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap selamat of "Federal Food and Drugs Agency (FDA)" dari Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila ke layari www.zestra-asean.com.

Menghilangkan "Love Bite"

Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.

1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.

2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.

3) Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.


HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

Saturday, June 23, 2007

Petua: Amalan yang dilakukan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Thursday, June 21, 2007

Petua Tahan Lama

Artikel ini hanya sesuai dibaca jika anda berusia lebih 18 tahun. Hubungan seksual suami isteri adalah suatu adegan yang berlangsung agak lama, mengandungi 3 fasa utama bermula dari [1] gurauan-senda sebelum jima' (foreplay), [2] jima' hinggalah ke peringkat [3] gurauan-senda selepas jima' (afterplay). Ia akan mengambil masa kira-kira 1 jam.

Masa yang diambil untuk istimta' (foreplay) adalah kira-kira 20 minit. Sesudah inzal mani (climax) pihak suami, masa yang diambil untuk gurauan-senda selepas jima' (afterplay) pula kira-kira 10 minit. Untuk suami menjayakan kedua-dua fasa ini tidaklah sukar, cuma ada sebilangan lelaki yang 'buta seni' gelojoh dalam melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah batin dengan memendekkan proses istimta' atau langsung tidak melaksanakan 'afterplay'.

Masalah yang agak merunsingkan sebahagian lelaki ialah di fasa jima' itu sendiri. Ini kerana sebahagian lelaki tidak tahan lama dan akan inzal (climax) dalam masa 2 minit saja setelah memasukkan zakar ke faraj dan berdayung. Ada yang lebih bermasalah, iaitu sudah 'surrender' sebelum memulakan fasa [2]. Sebagai salah satu usaha bagi mengatasi masalah ini, berikut ada petua yang disumbangkan oleh TomCruise. Saya salinkan gaya bahasa asal beliau dan kemudiannya saya akan berikan penerangan:



Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Ini ada satu lagi ilmu yang mungkin ramai tahu tapi tidak tahu guna..boleh guna lelaki ke perempuan tak kisah...100% berjaya...mcm mlm pulak..takla..bukan nak jual ubat..hanya berkongsi rahsia yang tidak menjadi rahsia lagi....caranya senang saja...teknik pernafasan dan bayangan ...dah ramai tau ke..takpela...nak kongsi gak...utk teknik pernafasan..guna mcm kita berjoging...tarik nafas 2 x hembus 1 x.....try la....bayangan..bayang kan benda2 tak best dlm kepala masa tgh hampir nak terpancut...boleh tahan sikit guna teknik ini.....oklah..selamat mencuba.



Mana-mana lelaki yang sudah menjadi suami mungkin boleh bersetuju dengan apa yang dicatat di atas. Pertamanya mengenai cara bernafas. Mungkin apa yang patut saya tambah ialah bahawa suami patut peka (alert) dan kawal cara dia bernafas bila sedang berjima'. Kaedahnya macam-macam dan bergantung pula pada kesesuaian anda. Teknik di atas adalah salah satu daripadanya. Anda boleh cuba.

NAFAS DAYUNGAN SEPOI BAHASA

Satu cara lagi yang ingin saya kongsikan di sini ialah teknik pernafasan lambat (slow breathing) yang dipanggil Nafas Dayungan Sepoi Bahasa. Caranya ialah tarik nafas perlahan-lahan, tahan nafas beberapa ketika dan kemudian hembus nafas perlahan-lahan juga. Angin yang keluar masuk itu amat lembut seolah-olah seperti bila anda meniup lembut ke telinga isteri. Anda boleh cuba teknik tradisional Melayu ini.

KAEDAH MENGHITUNG DAYUNGAN

Dari sudut bayangan yang dicatat oleh TomCruise itu, saya ingin kongsikan juga satu teknik tradisional Cina pula. Orang Cina menyarankan agar anda sibukkan diri anda menghitung. Anda boleh hitung dayungan anda. Contohnya satu dayungan dalam, empat dayungan dangkal. Ulang lagi. Dengan cara itu minda anda tidak akan terlalu dibuai oleh keseronokan. Dan insyaAllah, anak yang bakal lahir nanti pandai matematik! (ini saya yang catat, tidak ada sebarang catatan kuno yang pernah saya temui mengenai anak pandai matematik jika bapanya menghitung dayungan!).

KAEDAH DAYUNGAN SAMBIL BERZIKIR

Dari sudut tradisional Melayu pula, ada yang berzikir semasa mendayung. Ada yang berzikir dengan menyebut 'Ya Allah' atau 'Ya Qohhar' atau 'Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum Ya 'Azhim Ya Rabbal 'Alamin' dalam hati (memang elok kita ingat pada Allah dalam semua keadaan termasuk ketika jima', ingat dalam hati saja, bukan dilafazkan melalui mulut). Cara lebih bagus, dan insyaAllah akan lahirlah 'anak zikir' iaitu istilah yang diberikan oleh orang-orang tua Melayu. Mudah-mudahan jika dengan jima' itu lahir anak, dia akan jadi anak yang soleh.

Dari segi 'membayangkan yang tak best' (sexual turn-offs) sebagaimana catatan TomCruise itu bolehlah anda cuba, mungkin ia berkesan atau sesuai untuk anda. Bagi oranglain, mungkin teknik menghitung atau zikir adalah lebih sesuai.

Bagi isteri pula, sebaik-baiknya bernafas laju dan tumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan jima' itu kerana ini akan mencepatkan proses isteri mencapai 'climax' dan boleh 'climax' berulang-ulang dalam masa yang singkat.

Banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan, tapi sebagai menyokong artikel TomCruise ini saya fikir memadailah untuk saya catat setakat itu. Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu sesiapa yang bermasalah.

Sabar Sayang! Tahan Saja, Esok Baru Cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".





MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu.


Kebesaran Tuhan

Kali ini, sebagaimana biasa, saya akan kongsikan bersama satu berita baik untuk semua umat Islam. Kita sepatutnya membanyakkan berzikir dan selawat! Kalau boleh, kita zikir dan selawatlah bila saja ada kesempatan. Sebenarnya orang-orang Islam itu beruntung. Zikir dan selawat itu punya RAHSIA BERULANG, dan itu adalah BUKTI KEBENARAN ISLAM, ia juga adalah BUKTI KEBENARAN AL-QUR'AN (kerana hal ini aku temui semasa mengkaji Al-Qur'an).

Artikel ini aku temui semasa membuat kajian mengenai Al-Qur'an. Semoga ianya dapat memberikan pemahaman yg lebih mendalam lagi tentang Islam itu sendiri. Aku menyeru agar anda baca dengan teliti artikel ini. Selamat membaca. Semoga kita dirahmati olehNYA. Insya Allah
____________________________________________________________________________

Sebenarnya Fenomena Berulang itu dapat anda perhatikan dengan jelas jika anda mengkaji Al-Qur'an. Saya telah kaji Al-Fatihah (dan Al-Qur'an) selama lebih 20 tahun. Jadi, dalam artikel kali ini biarlah saya buat ringkasan mengenai hasil kajian saya itu, sebab sebelum ini tidak pernah saya catat:

Al-Fatihah itu sebenarnya mempunyai FENOMENA BERULANG yang amat jelas hinggakan kalau diibaratkan anda masukkan kesemua huruf Al-Fatihah itu (dengan tidak menjejaskan susunannya) ke dalam bejana (bekas) yang berbagai bentuk dan anda hitung berbagai aspek dari bentuk itu (tanpa mengurangkan atau menambahkan sedikit pun perkiraan anda), anda akan temui JUMLAH BERULANG. Ia berlaku secara PASTI selama lebih 20 tahun kajian saya. Memang saya tidak kaji setiap hari, namun bila saya dapat ilham dan kaji, ianya InsyaAllah akan menghasilkan JUMLAH BERULANG. Subhanallah.

Saya akan kongsikan di sini, kali ini, secebis dari penemuan saya hasil kajian. Ianya apa yang boleh anda semua dan saya sendiri amalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Mungkin anda pun selalu baca perkataan berikut sebagai sebahagian dari isi tasbih atau selawat. Ianya mempunyai Jumlah Mufrad BERULANG 222 dan 232:


"Pada setiap pandangan mata dan tarikan nafas. Segala-galanya meliputi dalam ilmu Allah."

Itu adalah rangkap yang biasanya berada dalam selawat-selawat yang dibaca oleh umat Islam serata dunia. Saya akan berikan selawat-selawat itu kemudian nanti. Sekarang cuba lihat pula tasbih yang memang jadi amalan kita umat Islam. Ianya juga mempunyai Jumlah Mufrad BERULANG:

"Maha Suci Allah, dan syukur ke hadrat Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar" (Jumlah Mufrad 616).
"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa" (Jumlah Mufrad 484).


Bacalah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir di atas bila saja ada masa terluang terutamanya selepas solat. Mudah-mudahan Allah akan merahmati kita semua dan meletakkan kita di kalangan kekasihNya. Perlukah saya catatkan lagi? Untuk tambah pengetahuan anda, selawat-selawat yang biasa anda baca itu pun punya RAHSIA BERULANG. Jadi selalulah berselawat:

"Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Pada setiap pandangan mata dan tarikan nafas. Segala-galanya meliputi dalam ilmu Allah." (Jumlah Mufrad 1100).


Anda boleh juga baca selawat yang berikut. Pada hari Juma'at, elok datang awal ke masjid. Elok ambil tempat paling depan dan menghadap mimbar agar jelas dapat di dengar khutbah yang akan disampaikan. Masa iktiqaf, bacalah selawat banyak-banyak, berbagai jenis selawat pun boleh.

"Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya. Pada setiap pandangan mata dan tarikan nafas. Sebilang-bilang, segala-galanya meliputi dalam ilmu Allah." (Jumlah Mufrad 999).


Ada banyak lagi yang saya akan kongsikan bersama anda. InsyaAllah. Apa yang penting ialah untuk saya catat sekali lagi kepada mereka-mereka yang menghina Islam bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang benar dari sisi Allah. Allah itu benar. Muhammad itu benar. Al-Qur'an itu benar. Syurga itu benar. Neraka itu benar. Tidakkah anda takut bila anda terus-terusan menjadi orang kafir sedangkan bukti kebenaran terpampang di depan mata anda?

Semoga Allah akan jadikan orang-orang kafir berduyun-duyun masuk Islam. InsyaAllah.

Monday, June 18, 2007

60 PETUA MENDAPAT PASANGAN

Jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi. Kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Namun dalam segala hal kita haruslah berusaha demi mencapai segala kemahuan. Dengan hanya berpeluk tubuh dan menantikan sesuatu berlaku adalah mustahil. Begitu juga dalam soal mencari pasangan hidup. Tak kiralah perigi cari timba ke atau timba cari perigi. Yang penting langkah pertama. Sehubungan itu aku erturunkan di sini sebahagian petua mendapat pasangan. Moga ianya dapat memberikan sesuatu yang berguna untuk dikongsikan bersama. Wallahualambissawab.

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

Thursday, June 14, 2007

Aphrodisiac : Pemakanan Meningkatkan Seks

Siapa pernah terfikir untuk meningkatkan keinginan seks dengan pemakanan? Terdapat beberapa jenis makanan yang membolehkan anda menikmati seks dengan baik. Makanan ini digolongkan sebagai aphrodisiac.

Selama beberapa abad, pelbagai makanan dan herba telah dikenal pasti mampu meningkatkan labido atau keinginan seks.


Tiram adalah makanan yang utama dalam kumpulan makanan ini. Ia kaya dengan zink, zat galian perlu bagi penghasilan cecair faraj dan hormon testosteron.


Coklat merupakan pilihan popular dan diminati dalam meningkatkan keinginan seks. Coklat mengandungi phytichemical yang meningkatkan edaran darah dan kandungan enderphins, kimia yang membuat �rasa gembira� yang meningkatkan daya seks. Coklat juga mengandungi serotonin iaitu kimia semula jadi yang menenangkan fikiran dan berfikiran positif.


Koko dalam coklat turut mengandungi methylxanthines yang bertindak meningkatkan sensitif tubuh. Kulit akan menjadi lebih sensitif kepada sentuhan walaupun ia dilakukan dengan lembut. Satu lagi kimia dalam coklat adalah phenythlylamine. Kimia semula jadi ini akan membuat anda yang makan coklat sedikit khayal umpama dilamun cinta.

Selain coklat dan tiram ada beberapa lagi makanan yang boleh dianggap sebagai aphrodisiac. Bawang putih misalnya, ia dikatakan boleh memekatkan air mani lelaki. Air mani yang pekat dan banyak boleh meningkatkan labido lelaki sewaktu klimaks. Bawang putih juga dikatakan dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin. �Panas� bawang putih dikatakan dapat menaikkan keinginan seks bagi lelaki dan wanita.

Cili yang kaya dengan vitamin C dikatakan dapat melancarkan edaran darah yang dapat membantu dalam hubungan seks. Edaran darah yang baik penting dalam mengekalkan rangsangan seks lelaki dan wanita. Darah yang dipam dengan baik ke bahagian seksual dan akan menyebabkan batang menegang bagi lelaki dan wanita menjadi berahi. Namun begitu, makanlah pedas awal supaya pedas di mulut dapat hilang.

Berita baik untuk lelaki. Cili dikatakan dapat mengurangkan risiko barah prostat.

Terdapat beberapa lagi makanan yang dikatakan sebagai makanan aphrodisiac. Antaranya ialah lobak merah, pisang, kacang basil, almond, avacado, asparagus, madu, nanas, strawberi dan rasberi.

Bagi mengekalkan rangsangan seks, penjagaan kesihatan itu penting. Alat kelamin lelaki dan wanita perlukan khasiat yang secukupnya. Pastikan anda amalkan lima hidangan sayuran dan buah-buahan dan kurangkan pengambilan gula dan garam. Senaman yang selalu dan minum air kosong secukupnya.

Ambil makanan tambahan seperti multivitamin, zink, vitamin C dan B Kompleks dan beberapa herba yang dapat meningkatkan aliran darah dan paras testosteron. Antara yang telah dikenal pasti dapat meningkatkan rangsangan syahwat adalah epemedium, tongkat ali, tribulus dan maca.

Yang penting dapatkan nasihat doktor kepada sebarang permasalahan kesihatan anda. Artikel ini adalah untuk pengetahuan am sahaja.


HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

Sabar Itu Separuh Dari Iman










HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

Kita Lebih Baik Dari Haiwan

Haiwanpun jika dididik boleh melakukan apa sahaja. Inikan pula manusia yang diberikan akal supaya dapat berfikir dan membezakan mana yang baik serta buruk. Apa yang penting adalah kemahuan untuk berubah dan belajar dari pengalaman masa lampau.










HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

Monday, June 11, 2007

Petua Seks Untuk Suami dan Isteri

Mengikut Pendapat Ulama

Iman Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunnat membuat seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat, terpaksa bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk rehat kepada tenaga batin - pendapat Dr Nik






Nabi berpesan: " Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak."

[Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, siflis , herpes atau HIV]

Seks Yang Sempurna & Memuaskan

Seks aadalah satu-satunya keperluan lelaki yang tidak boleh di perolehi diluar rumah (berzina). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan first class terhadap seks.

Kenapa harus suami 'makan yang haram' diluar, padahal dirumah ada yang halal ?

Seorang kawan saya menjawab:. " Dirumah isteri tidak pandai melayan nafsu seks suami !"

Sambil selamba seorang kawan lagi berkata," Kenapa perempuan Siam lebih pandai melayani nafsu seks lelaki ? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak lelaki !"

PESANAN UNTUK ISTERI

Apakah wanita Melayu tidak pandai ? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ' buat seks' ?

Semuanya itu adalah alasan semata-mata.

Seandainya perempuan Melayu atau isteri kita di rumah pandai melayani kehendak suaminya, saya rasa kehebatan dan kehangatan wanita Melayu akan tersohor dan mengasyikkan.

Disini saya ingin perturunkan beberapa petua yang harus dibaca dan diamalkan oleh setiap orang yang bergelar - wanita Melayu, Isteri dan Perempuan.

Dirumah makan malam lebih awal 1 atau 2 jam sebelum setubuh.

No.1: Siapkan Diri anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum hubungan kelamin dengan mandi,berus gigi, cuci mulut dan cuci faraj dan pakai pakaian seksi yang nipis dan menghairahkan serta pakai sedikit bauan halus dan lembut.

No 2: Goda Suami: Godalah suami anda sebaik mungkin dengan duduk disini suami. Jika suami kelihatan malas, usik dia sehingga menaikkan berahi dengan aksi-aski menarik anda, katakan;' kononnya seperti perempuan siam'. Apa salahnya kan ini suami anda yang sah dan perkara yang anda lakukan ini adalah halal dan sunnat !

No.3: Jangan sekali-kali menanti pelukan suami anda. Anda adalah seorang isteri, seorang wanita yang harus mengoda suami anda. Anda harus memberi semua yang terbaik yang ada pada diri anda untuk suami anda, anda mahu suami sentiasa ingat dan sayangkan anda.

Nah ! lakukan apa saja yang anda fikir dapat mengoda suami anda, lakukan sekarang, jangan biarkan perempuan lain mencuri pandangan suami anda !

Jangan malu, Jangan takut dan jangan Malas. Itu semua adalah nasihat syaitan.

Kalau dia masih duduk di kerusi, anda himpitkan diri anda dekat-dekat dia, usik si ' anu' dia, kalau dia angkat tangan anda ketepi, anda himpitkan dia kuat-kuat, jika dia masih tidak respon, bisikkan pelahan-lahan ditelinganya untuk ke kamar, lihat TV di kamar dan jika dia masih gagal untuk bangun, pelahan-lahan tarikkan tangannya dan letakkan tangannya ke'anu' anda.

Tidak dinafikan ada lelaki liat 'buat seks' dengan isteri namun anda harus bersabar, kerana kadang-kadang 'suami' anda ini sememangnya 'tidak ganas' dan 'dianggap 'suami berjurus' [civic] - bersabarlah.

PESANAN UNTUK SUAMI

Cara Yang sesuai Untuk Jimak Isteri

Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa adab harus diikuti: (Jangan mengharamkan yang halal dan jangan menghalalkan yang haram)

Pesanan Untuk Kedua-dua Suami Isteri
Sebelum , Sewaktu dan Selepas Jimak

Fakta No.1

- Bersopan santun
- Isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah.
- Pakailah bau-bauan yang lembut.
- Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.

Fakta No. 2
Ada hadith menyatakan bahawa Rasullullah SAW sendiri mandi bersama dengan Siti Aisyah ra. Kenapa tidak anda! Bercumbu-cumbuan sebelum jimak adalah digalakkan.

Fakta No.3
Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan kedalam faraj dan layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan.

Jangan sekali-kali gopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana ini akan menyebabkan cepat terpancutnya air mani atau dikenali sebagai pancutan pramasa.

Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati, anda dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan batin dengan isteri anda dengan baik dan sempurna.

Sekiranya anda terlampau cepat keluar air mani atau pancutan pramasa, maka kita ada ubat untuk mengatasinya. Jangan risau, ikhtiarlah segera, jangan menunggu.

Fakta No4

Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya orang perempuan memang payah untuk sampai kemuncak syahwat.

Maka rangsanglah isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan.

Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak. Ini satu cara yang salah!

Fakta No.5

Tukarlah posisi berjimak, agar anda merasa kenikmatan yang lebih. Kadang-kadang jika anda melakukan posisi yang sama sahaja, kenikmatan seks anda mungkin akan menurun, dan anda tidak menghayati betul-betul sunnah Rasullullah, dimana beliau menyatakan bahawa 'isteri kamu itu diibaratkan sebagai taman, maka gaulilah ia sebaik mungkin'

Fakta ke 6

Gaulilah isteri kamu secara sopan, isteri kamu bukanlah pelacur yang harus dibuat bermacam-macam karenah kamu yang kurang sopan. Baikilah tingkah laku kamu secara sopan dan lemah lembut.


HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

Saturday, June 09, 2007

Artikel Khas: llmu Makam Yang Lima 2 (18SX)


Pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks secara 'cowboy-style' atau 'fast-game' atau 'semberono' mungkin akan cenderung untuk melakukan adegan yang 'man-centric' (suami yang aktif dan puas) sementara isterinya seolah-olah akan jadi objek seks saja. Ianya lambat-laun akan memberikan kesan psikologi yang negatif ke atas isteri apatah lagi apabila suaminya dilihat 'hanya sayang bila mahu lakukan seks'. Dari sudut memberi nafkah batin, pendekatan seperti ini bolehlah dianggap sebagai pendekatan yang tidak dialu-alukan.

Berapa banyakkah pasangan yang 'man-centric' tidak dapat dipastikan kerana adegan ranjang adalah rahsia dalam rumahtangga dan tidak patut dikongsi ceritanya walaupun kepada sahabat paling terpercaya. Namun boleh dikatakan majoriti pasangan yang baru berumahtangga akan berhadapan dengan masalah-masalah 'penyesuaian cara merangsang' atau 'penyesuaian posisi yang digemari' dan tentu ramai yang kabur apakah yang dikatakan kepuasan ketika melakukan seks. Adakah kepuasan itu terletak pada klimaks (inzal mani) semata-mata atau adakah ia suatu keadaan yang lebih bermakna dari klimaks.

KEPUASAN BATIN ELAK MAKSIAT ZINA

Saya sendiri telah perhatikan keadaan bilamana seorang lelaki yang sudah beristeri dan punya anak yang sudah besar panjang 'menghampiri zina' (na'uzubillah) bersama seorang wanita yang masih jadi isteri orang dan juga sudah punya anak yang besar panjang. Pada saya, mereka jelas 'menghampiri zina' kerana mereka bukan saya berbual mesra malah menyentuh dan mengurut-urut antara satu dengan lain. Dari cebisan berita yang saya perolehi, si wanita ini walaupun punya suami tapi rumahtangganya ibarat telur di hujung tanduk sementara si lelaki itu pula sudah lama tidak tidur bersama dengan isterinya yang sah. Apa pula yang dilakukan oleh pihak yang satu lagi semasa ketiadaan suami atau isteri mereka hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita hanya dapat doakan bahawa semua mereka ini kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan berumahtangga sebagaimana suruhan Islam dan mendidik anak-anak agar menjadi insan soleh.

Dari rujukan-rujukan yang telah saya lakukan selama ini mengenai Seksologi Timur, terutamanya dalam Islam, dapatlah disimpulkan bahawa kepuasan batin adalah antara ciri terpenting kebahagiaan rumahtangga. Kepuasan batin ini pula tidak dapat lari dari kepuasan seks kerana perlakuan seks dalam keadaan yang dihalalkan dan memuaskan adalah antara tujuan berumahtangga. Kesannya adalah positif. Maknanya, sekiranya pasangan suami isteri itu menikmati kepuasan ketika bersama, insyaAllah nafsu syahwat mereka akan tertutup dari melakukan berbagai maksiat berkaitan seks.

PINTU RANGSANGAN LELAKI DAN WANITA

Lelaki yang 'lapar seks' amat mudah terangsang matanya. Wanita yang 'lapar seks' amat mudah pula terangsang telinganya. Maksudnya, jika seorang suami atau isteri itu tidak mendapat layanan seks yang memuaskan dari pasangan masing-masing, seorang suami akan mudah terangsang bila melihat wanita lain walaupun wanita yang dilihatnya itu sudah bersuami, dan seorang isteri pula akan mudah 'cair' bila dipuji atau diambil berat oleh lelaki lain, walaupun lelaki yang 'mengambil berat' itu sudahpun beristeri. Sekiranya mereka ini ada peluang berdua-duaan tanpa dilihat oleh oranglain, syaitan pula akan 'menghiaskan' lagi keadaan mereka dan tanpa disedari mereka jadi lebih intim dan akhirnya jika tidak segera sedar harga diri, mereka mungkin akan terjebak ke dalam maksiat yang terkutuk.

Kerana itu, Ilmu Makam Yang Lima adalah salah satu ilmu pengetahuan yang boleh menjadi benteng yang dapat menyelamatkan pasangan suami isteri dari terjerumus ke kancah maksiat, apatah lagi di zaman mutakhir ini bilamana wanita dan lelaki bukan muhrim selalu dapat berjumpa secara langsung atau tidak langsung dalam kursus, seminar, business-talk, dan sebagainya, serta menginap pula di hotel-hotel. Apa pun, kita harus sedari dulu bahawa tiada ilmu yang dapat menjadi benteng jika manusia itu lupa diri, dan punca lupa diri ialah lupa pada Allah.

TIGA LUBUK NAFSU SYAHWAT

Untuk kali ini, saya akan catatkan mengenai Tiga Lubuk Nafsu Syahwat sebagai 'gateway' kepada llmu Makam Yang Lima. Dalam ilmu seksologi Timur, seseorang isteri itu dianggap mampu inzal (klimaks) walaupun dia masih belum dijima' (ertinya suami masih belum memasukkan zakar ke faraj apatah lagi berdayung). Caranya ialah dengan memahami Tiga Lubuk Nafsu Syahwat dan mengetahui cara bagi merangsang Lubuk Nafsu ini dengan sempurna. Tiga Lubuk Nafsu ini ialah Nafsu Badan, Nafsu Luar dan Nafsu Dalam.

1) NAFSU BADAN

Seseorang wanita yang masih gadis (virgin) amat mudah terangsang Nafsu Badannya. Apakah Nafsu Badan? Ia adalah seluruh tubuh dan pancainderanya selain kawasan alat sulitnya (farajnya) kerana kawasan itu adalah Lubuk Nafsu yang lain.

Permulaan rangsangan ke Nafsu Badan ialah berkomunikasi dengan cara yang lemah-lembut dengan isteri. Ia patut bermula seawal hari yang mana jima' akan berlaku. Jika ia memang sudah jadi amalan suami isteri setiap hari, itu lebih baik, cuma tambahkan lagi kemesraan di hari yang berkaitan. Banyakkah bergurau-senda, pegang-memegang, belai-membelai, kucup-mengucup, perbualan yang santai-tenang dan pernyataan sayang.

Ketika atau saat berada di ranjang, elok bagi suami bersalaman dengan isteri dan isteri pula mencium tangan suami. Boleh diucapkan 'Assalamu'alaikum sayang!' atau 'Assalamu'alaikum wahai pintu yang pengasih' dan isteri pula menjawab 'Wa'alaikumsalam abang!' atau 'Wa'alaikumsalam wahai tuanku yang terpercaya'. Kemudian bolehlah disusuli kucupan lembut ke dahi dan pipi isteri. Dalam keadaan masih berpakaian itu, rangsangan-rangsangan ke Nafsu Badan dilakukan dengan lebih bermakna. Satu pendekatan yang bagus ialah mengurut isteri dengan Urutan Pembangkit Syahwat (Erotic Massage). Ini hanya sesuai dilakukan ketika di ranjang, ketika suami isteri hanya tinggal berdua.

Urutan Pembangkit Syahwat

Apakah itu Urutan Pembangkit Syahwat? Ia bukan gerakan urutan biasa yang bersifat agak keras dan kadangkala menyakitkan. Urutan Pembangkit Syahwat lebih lemah-lembut, lebih bersifat meraba-raba dan kadangkala bersifat antara menyentuh dengan tidak (seolah-olah menggeletek). Ianya pun tidak dilakukan hanya menggunakan jari-jemari malah boleh menggunakan hidung, lidah, gigi dan bibir mulut. Ia juga boleh dilakukan dengan mendekatkan dada dengan dada, kepala dengan kepala. Inilah yang dinamakan Istimta' (foreplay) yang mempunyai berbagai strategi dan pendekatan. Sekiranya ia dilakukan dengan sempurna, isteri boleh inzal (climax) di peringkat ini dan inilah yang telah diajarkan oleh orang tua-tua Melayu dan mungkin merupakan lompang (niche) yang tidak diketahui oleh banyak pasangan yang baru atau akan berkahwin.

Rangsangan Istimta' Ke Seluruh Tubuh

Sebenarnya secara prinsip, tubuh seseorang isteri perlulah diterokai sepenuhnya sebelum jima' dilakukan. Maksudnya, jari-jemari dan anggota tubuh suami perlu menjelajah dan memberikan rangsangan ke seluruh tubuh isteri. Ini termasuklah rambutnya, tengkuk, bawah dagunya, kelopak matanya, telinganya, belakangnya, punggungnya, pehanya bahagian luar dan dalam, betisnya, malah telapak kakinya! Telah dipetuakan oleh orang tua-tua Melayu bahawa seharusnya suami sentiasa menyentuh mana-mana bahagian tubuh isteri bermula dari rangsangan ke Nafsu Badan ini hinggalah ke saat jima' mahu dimulakan.

Bolehlah dicatat bahawa tiada jalan pintas dalam merangsang Nafsu Badan. Ianya perlu dilakukan dengan perlahan-lahan hingga isteri terangsang secukupnya, barulah bergerak untuk merangsang Nafsu Luar pula. Masa merangsang Nafsu Badan ini disarankan selama 15 hingga 30 minit, bergantung kepada sama ada isteri cepat atau lambat terangsang.

Mencari Lubuk Rahsia Nafsu Badan

Satu perkara lagi, perlu untuk para suami mengetahui bahawa lubuk syahwat isteri bergerak di sekitar tubuhnya dan tempatnya berbeza-beza setiap hari. Maksudnya, kalau pada hari ini anda dapati bahawa rangsangan ke payudaranya dapat membangkitkan ghairahnya dengan cepat, pada hari esok, rangsangan ke tempat yang sama kurang berkesan. Kerana itu, suami patut bersabar meneroka dan mencari Lubuk Rahsia ini setiap kali merangsang Nafsu Badan.

Apakah tanda (indicator) terjumpanya Lubuk Rahsia? Menurut orang tua-tua Melayu, tanda yang dapat dilihat atau dirasai ialah isteri seolah-olah terkejut apabila Lubuk Rahsia itu ditemui. Nafasnya jadi lebih kencang, atau bahagian tubuh itu seolah-olah 'disua-suakan' kepada suami agar dirangsang seterusnya. Dipetuakan, jika anda temui Lubuk Rahsia ini, fokuskan rangsangan di kawasan itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai atau kaedah yang digemari oleh isteri. Biasanya ia adalah sentuhan atau belaian lemah-lembut, bukan memicit, menekan atau meramas, atau sebarang perlakuan yang menyakitkan!

Jangan lupa kawasan payudara isteri. Ia adalah antara kawasan tumpuan bagi rangsangan Nafsu Badan. Cara rangsangan ke kawasan ini adalah dengan lemah-lembut, belai kawasan payudara dulu gunakan jari-jemari dan/atau bibir mulut. Kemudian gentel atau hisap puting payudara dengan lembut juga tapi istiqamah (berterusan). Jika dilakukan rangsangan dengan sempurna, biasanya isteri yang baru mengalaminya (maksudnya dia dikahwini ketika masih gadis) boleh mencapai klimaks di peringkat ini, insyaAllah. Untuk pengetahuan anda, payudara punya keistimewaan kerana ia mempunyai saraf yang berhubung langsung ke faraj isteri.

Seni merangsang Nafsu Badan terletak pada kemampuan suami untuk merangsang dengan perlahan-lahan dan lembut untuk mengasyikkan isteri. Sebenarnya strateginya ialah melambat-lambatkan dari memulakan jima' dan melihat reaksi isteri serta bertindak berdasarkan reaksi itu. Dalam seni Ilmu Makam Yang Lima, suami patut tahu bila patut masuk ke fasa seterusnya, dan ini dapat diketahui dengan meneliti reaksi isteri, iaitu tanda sama ada dia sudah bersedia untuk ke fasa selanjutnya atau mahu dirangsang lagi di fasa yang sama.

Bersambung...

Tuesday, June 05, 2007

Kita Wajib Bersyukur

Bersyukur kita tinggal di Malaysia. Negara aman makmur. Orang kita mati sebab makan. Kat Afrika nun, orang mati sebab tak makan! Aku baru selesai menyampaikan syarahan kepada 3 orang anak bertuah aku (Leteran sebenarnya - malah lebih panjang berjela lagi). Tabiat suka membazirkan makanan yang ada. Pantang betul aku kalau sesiapa suka membazirkan makanan.

Bila tengok gambar-gambar di bawah ni, aku rasa sedih, ngeri, takut, kasihan....... dan berbagai perasaan yang sukar nak aku jelaskan. Tapi rasanya gambar di sini dapat menterjemahkan apa yang aku rasa.

image001.jpg

image002.jpg

image003.jpg

image004.jpg

image005.jpg

image006.jpg

image007.jpg

image008.jpg

Gambar di atas merupakan pemenang Pulitzer 1994. Gambar di ambil oleh Kevin Carter yang merakamkan detik tersebut di Sudan berhampiran dengan Kem Makanan PBB di sana.

Burung tersebut menunggu budak itu mati, kerana apabila budak itu mati, ia boleh memakan mayat budak itu.

Kevin Carter terus meninggalkan Sudan selepas mengambil gambar di atas. Tiga bulan kemudian, beliau membunuh diri akibat tekanan perasaan.


HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

Adakah Malaysia Menuju Kearah Bala Yang Serupa? … sangat menginsafkan

Artikel ini aku petik dari salah satu laman blog pilihanku. Banyak pengajaran yg dapat kita pelajari dan dijadikan pedoman serta panduan buat kita menghadapi hari mendatang.



Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam, Najeeb Rahman dimajlis “Charity Lunch For Maluku” di University of Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak sedikit panjang tapi sangat menyentuh hati.

Assalamua’laikum warahmatullah,

Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini, Sejahtera keatas Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir.

kepalahilangBaru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar foto yang mengerikan, gambar mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di internet. Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh membuat kita menitiskan air mata. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi sesaorang.

Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman keatas kaum Muslimin yang terpencil. Trajedi-trajedi atau bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman “cuci berseh” ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Sama juga di Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah ‘dicuci berseh”, dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tiada berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja.

siksaWanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh. Orang-orang Islam dipenggal dan dikelah anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali.

Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia? Kita boleh persalahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini

SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?

…dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat kubur - kubur tanaman beramai (mass graves) orang-orang Islam yang dibunuh, mayat - mayat yang sedang reput dan busuk, keluarga - keluarga terutamanya kanak - kanak yang dalam ketakutan, rumah - rumah dan masjid - masjid yang telah hancur musnah. Ia sememangnya suatu pengalaman yangmenakjubkan dan memberikan tamparan yang kuat terhadap hakikat yang sukar ditelan ini. Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu ialah Imam Ismail dan anak sulungnya bernama Navahi. Kedua mereka merupakan imam, begitu juga dengan datuk Navahi, juga saorang imam. Mereka sangat mesra dan baik hati. Suatu petang kami telah berbual mengenai bala dan trajedi yang telah menimpa Kosovo, bagaimana masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu.

Navahi yang fasih berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya ethnic cleansing oleh puak Kristian Serbs terhadap masyarakat Islam. Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan membelakangkan ajaran dan hukum-hukum Islam. Ramai di antara generasi baru yang tidak tahu sembahyang, tidak reti membaca al-Quran, telah lupa sebutan 2 kalimah syahadah, berzina, serta mengambil alcohol di merata pelusuk tanah Kosovo. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke masjid.

kosovo1Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre kaum Muslimin yang paling dasyati, penduduk Islam disana telah berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur-kubur. Mereka memasang lilin (seperti apa yang umat Kristian lakukan dalam gereja) dan menyembah kubur-kubur orang-orang alim (saints) yang dianggap keramat. Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah ‘keramat-keramat’ tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat daripada ajaran Islam. Tidak ada, dan tidak dibenarkan sama sekali terdapatnya inter-mediariesi atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata sejenis daripada perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.

Di bandar Suhareka, lagi satu bandar di mana pembunuhan secara massacre dilakukan keatas orang Islam, penduduk bandar tersebut telah mengesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan untuk memanggil orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka. (Saya percaya memang ada di kalangan ummah kita di Malaysia yang sama menaruh perasaan benci dengan laungan azan, atau ada yang akan memekakkan telinga dan mengabaikan terus seruan bersolat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).

Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid. Semasa kami mengadakan lawatan rawatan perubatan ke sana kami telah tiba sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada seroang Imam dan saorang lelaki tua serta rombongan perubatan kami yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan al-Quran, saorang pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah al-Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan. Oleh demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah. Ini nyata kesesatan yang nyata biarpun zahirnya nama mereka adalah Islam dan bergelar pula umat Islam.).

kosovo2Setelah rombongan lawatan kami berkunjung ke kawasan di serata Kosova, kami sempat melihat sendiri kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam.

Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara sesama Islam kita di Kosova, tetapi paparan ini bertujuan untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan iktibar di sebalik insiden hitam di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Saorang lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku. Oleh itu saya hanya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh orang tua itu.

Navahi juga memberitahu kami mengenai polisi dan suasana di Turkey. Datuk beliau kerap berkunjung ke Turkey kerana datuknya mempunyai ramai rakan kenalan disana. Turkey bukannya sebuah negara Islam yang sebenarnya walaupun negara tersebut memang menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah oleh golongan sekular yang ekstremis dengan fahaman bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung dengan pemerintahan negara walaupun pemimpinnya beragama Islam. Ini sudah merupakan pegangan ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden masa kini. Mereka mendakwa hukum hukum turkiIslam dan politik itu memang 2 perkara yang berasingan dan tidak boleh dicampur-adukkan. Golongan sekular Turkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan dicemari oleh ajaran Islam ( saolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor ). Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah individu sesebuah keluarga sahaja, dan tidak dibenarkan sama sekali dipraktiskan semasa persidangan Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, sesuai hanya bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup di gurun dan menunggang unta. Bagi golongan sekular Turkey, undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamadun yang serba moden masakini, iaitu pada zaman yang mana jalanrayanya dibanjiri kereta, rumah yang lengkap dengan komputer dan internet; pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan bagi yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintasah kepada mereka, ini telah menolak hukum Allah dan boleh dianggap murtad? Kenapa kita tidak melihat ini sebagai pencegahan yang lebih berkesan daripada hukuman semata mata?). Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. (Seperti Singapura). Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang cukup susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey. Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan court marshal. (suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey untuk mengerjakan solat).

Saya menerima sebuah e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Sebelum berlaku gempa bumi tersebut, pihak Jeneral-Jeneral tentera Turkey telah mengadakan temasya keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak dan berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran dalam keadaan bersukaria, mabuk dan berzina itu. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, lalu saorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar ‘Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini?’ Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut sekali ditelan ke dalam laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran. Wallahu’alam. (Kisah umat Nabi Luth yang diterbalikkan ke dasar laut kerana enggan meninggalkan perlakuan homoseksual seperti yang disarankan oleh Nabi.)

Di Palestine, saya diberitahu oleh seorang rakyat di sana bahawa seorang Yahudi pernah berkata kepada saorang Arab, ‘Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di dalam qariah.’ (Satu statement yang wajar ditenungkan sedalam dalamnya.)

Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah kafir. Zina, pengambilan alcohol begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan bilangan yang memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

Saudara Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu diambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan trajedi yang dahsyat tersebut. Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran : (Terjemahan): Janganlah kamu jadikan seruan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih.(Surah An Nuur Ayat 63).

Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan) Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut). (Surah Az Zukhruf Ayat 55)

Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir kepada janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah memilih untuk tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah mencabar Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab keatas kita atau mengadakan dugaan kepada kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak seperti penyakit, ribut taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya didalam Al-Quran.

Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT tetap wujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Mithalnya, sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, dan mungkin telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati dalam keadaan bukan mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Allahu’alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menjadi murtad atau berlaku syirik atau lebih teruk lagi hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia pada waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya .

Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua. Kalau kita percaya hidup berakhir di dunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai trajedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat, segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita boleh membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita sewenang wenangnya. Sebagai umat Islam kita adalah komuniti dalam sebuah keluarga yang besar dan adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka juga adalah saudara sesamai Islam kita.

Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan dari zaman ke zaman. KITA PERLU kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. KITA PERLU memohon keampunan Allah SWT. (Bukannya sepeti seruan untuk bersatu menentang musuh tetapi kita perlu bersatu dibawah panji dan kalimah ‘La ilaa ha illallah’ dan sudah pasti bukan dibawah panji masing-masing.) KITA PERLU berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya. Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalamilah ilmu agama kita, dan berdoa memohon kepada Allah SWT agar sentiasa menguatkan iman kita, dan hentikan pertelingkahan sesama sendiri mengenai perkara-perkara balas dendam dan sebagaimananya yang boleh mengeruhkan suasana. Kita boleh mengelakkan diri kita daripada ditimpa bala dengan doa, zikir dan patuh kepadaNya. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak terlebih dahulu dengan sendirinya berusaha untuk mengubahkannya. (Apatah lagi kita di Malaysia yang mahu menyibuk di insiden politik sedunia sedangkan tiang rumah kita sudah goyah.) Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya. Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah Opoya yang terletak di wilayah selatan Kosova, dan dari mana Imam Ismail berasal. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa tragedi sekalipun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs menyerang sampai telah ke tempat itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun, jangka masa yang sama seperti kawasan lain. Perbezaan yang dapat dilihat adalah pada waktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Pada hari Jumaat pula ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda turut sama mengikuti sembahyang berjemaah. Dan mereka telah beramal walaupun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah wujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bomb puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan minuman arak dan kebanyakan pelanggannya datang dari kawasan lain. (Maka jelas di sini bahawa kekuatan kita ada pada iman kita, kita hanya boleh bersatu di bawah iman kita.)

Bandingkanlah perbezaan situasi di bandar Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs. Inilah maknanya Wa Haula wa laa quwata illa billah - tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ia suatu pengajaran dan iktibar.

(Doa pada penghujung majlis)

Bismillahhir Rahmaanir Raheem,

Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan taqwa kami kepada Engkau Ya Allah dan Akhirat. Ya Allah perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah ummat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.

Ya Allah! Hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan diamana saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati dalam beriman. Ya Allah! Musnahkan kaum kafir yang menggangu dan merosakkan ummah untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka.

Ya Allah kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa billaahit-tawfeeq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu laa Muhammaddin Nabiyil Wa alaa aalihi wasahbihi wassalam. Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!

CATATAN PENTING:

Saya harap para pembaca akan membaca kesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti.Bukakanlah mata dan lapangkan minda untuk memikirkan segala yang tersurat dan tersirat menerusi terjemahan yang diusahakan semata mata demi Allah ini. Bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diperturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa?

  1. Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa tidak berjaya menangani masalah ini tetapi seakan mengalakkannya.
  2. Zina dikalangan orang Melayu umumnya dan Islam khususnya sudah berleluasa sehingga mencapai angka yang meruncing. Kebebasan hidup yang tidak terkawal diangung agungnya. Mereka menjadi lupa kepada agama, lupa kepada Allah.
  3. Arak dijual di merata tempat (7 Eleven, Jaya Jusco, setakat yang anda mahu sebutkan nama tempatnya) dan ramai orang Islam yang minum arak. Lihatlah di Bangsar, kelab dan pub didirikan tanpa segan pilu dikunjungi orang Islam.
  4. Hanya satu atau dua saf sahaja umat Islam datang ke masjid atau surau untuk solat fardhu, kadangkala hampir kosong (hanya 10 orang solat Maghrib di Masjid Negara pada hari Black 14 pada Sabtu 15 April 2000) - suatu survey yang dibuat tidak berapa tahun dahulu menunjukkan hanya 10% orang Islam yang lengkap sembahyang 5 solat fardhu sehari. Keadaan yang serupa wujud di Kosova sebelum berlakunya pembunuhan rambang kaum Muslimin oleh puak Kristian Serbs.5. Golongan anti-Islam merata di sana sini dan lantang menyuarakan hinaan dan cacian terhadap nabi, hukum-hukum Islam dan Allah. Golongan ini bukan sahaja terdiri daripada golongan intelek yang berkelulusan tinggi malah terdapat ulama yang memesongkan fatwa demi kepentingan individu. Satu yang paling membimbangkan ialah mereka diberi kebebasan yang sangat luar untuk menyuarakan pendapat hina mereka.
  5. Undang-undang Syariah diketepikan dan dipandang hina. Syariah dikatakan sudah tidak sesuai dengan zaman IT ini atau tidak boleh dilaksanakan oleh masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Kalau adapun golongan yang memperjuangkan undang undang Syariah sebagai perundangan negara, mereka lebih cenderung untuk menggunakan nama Islam sebagai propaganda dan ideologi individu.
  6. Ada segelintir orang Melayu yang sudah tidak boleh menyebut shahadah tetapi masih mengaku mereka sebagai umat Islam. Terlalu ramai yang mengaku Islam tetapi terlalu sedikit yang melaksanakan suruhan Islam.
  7. Rasuah berleluasa. Dari peringkat pemerintah sehingalah ke peringkat orang bawahan.
  8. Ketidak adilan begitu nyata sekali. Yang salah diiyakan dan yang benar disalahkan. Kuasa veto mencengkam kebebasan menyuarakan pendapat. Ideologi maha firaun diguna pakai tanpa sekatan dan bantahan.
  9. Masyarakat kita suka menudingkan jari dan berbalah sesame sendiri apabila satu undang undang ciptaan mereka mula goyah dalam proses aplikasi. Sedangkan undang undang yang Allah cipta mereka langsung tidak mahu pakai.

Senarai kemungkaran dan keigkaran ini begitu panjangsekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang untuk mencuci berseh orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memileh untuk berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti gempa bumi,banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah ? Adakah bala dari Allah yang kita idamkan?? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia? Kalau dikehendakki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah ketas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.. .

Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi dan greenboc emata-mata kerana Allah SWT.


Monday, June 04, 2007

'Kemaluan' Dan Kemanisan Malam Pertama




Jangan terkezut dengan judul 'kemaluan' tu, bacalah dulu kisah ni..

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?"

Lantas Si Mamat Jawab "Eh.. ia ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."


MORAL: Sembahyanglah kamu sebelum dapat bapa mertua.. Nanti 'kemaluan'....


HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

Sunday, June 03, 2007

E-Majalah Blogger Malaysia Pertama Dalam Bahasa Melayu

Tahniah kepada saudara Ramzan rajablog.info kerana berjaya menghasilkan e-majalah untuk para blogger khususnya untuk rakyat Malaysia.

Penghasilan e-majalah ini juga mendapat sokongan dan sumbangan dari blogger yang lain. Jika anda ada bakat menulis, apa salahnya turut menyumbang untuk kandungan e-majalah ini.

Diharapkan kita semua mendapat manfaat darinya. Harganya ? Percuma saja. Jom sama-sama kita berikan sokongan. Anda boleh mendownloadnya di http://www.rajablog.info/majalah

Jika anda ada idea atau maklumat yang baik, jangan lupa berikan sumbangan, mudah-mudahan e-majalah ini terus dapat diterbitkan setiap bulan.

Berikut adalah kandungan e-majalah ini untuk edisi pertamanya:

  • Mailing List dan Newsletter
  • Apa yang boleh diletakkan dalam Newsletter Blog anda?
  • 5 Tips Menulis Newsletter
  • Perkhidmatan Mana Satu?
  • 5 Tips Menulis Blog Secara Serius
  • Berita dan Informasi
  • Direktori Submitter Percuma
  • Suara Blogger

Selamat membaca dan menambahkan ilmu. Hidup blogger. Download jangan tak download, orang dah bagi percuma ni jangan banyak songel la pulak.


HANGKAH JEBAT
amal makruf nahi mungkar

TAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN ANDA DENGAN CARA MUDAH


1- Pendaftaran free, dibekalkan Referral Web untuk promosi dan kemudahan sms.
2- Tidak perlu jual barang hanya beli untuk kegunaan sendiri- pos laju free terus ke alamat anda.
Perhatian : Ini bukan skim pelaburan wang internet @ cepat kaya
Komisyen ditawarkan

1- Komisyen World Pool (belian awal) tanpa downline pun anda mampu mendapat komisyen RM@@@@.00++ -Terbaru bermula 15/05/07 masa 12.01pm.
2- Komisyen penajaan disusun auto secara spill over 5 sehigga 20 level-Affiliate program. Sekiranya anda menaja 5 orang level pertama dan setiap downline juga menaja 5, jangan tak percaya pendaptan anda RM3000.00++ jika mencecah 20 level RM@@@,@@@,@@@,+++.


Hadiah Istimewa- sehingga 31/07/07

1- Motosikal Yamaha e-go 3- Handphone Nokia 3230 5- Jam Tangan Bonia
2- Laptop Acer 4-Camera Digital Canon 6 hingga 50=Produk Bio-Asli
Nota : Cabutan akan dibuat pada ogos2007

Produk yang syarikat tawarkan:-


1- Minyak Power 31 (VCO31)-Suami
2- Minyak Kelapa Dara Pure (VCOP)
3- Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda(VCOHS)
4- Minyak Kelapa Dara Bermadu (VCOH)
5- Jus Herba Mas Madu (JHMM)
6- Website peribadi @ perniagaan @ persatuan




Tawaran : Modal permulaan menjadi Stokis Rm500.00 sahaja - sah sehingga 31/05/2007
Untuk mendaftar sebagai ahli Percuma sila klik alamat website berikut :