Aktifkan Otak Yang Lesu
Pernahkah anda terfikir apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan
dengan lama tanpa dihidupkan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.
Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak
kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak
atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.
Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan
lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini jugasebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.
Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih
kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru,
cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan
sebagainya.
Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang
macam buku kutip hutang 555 tu :) ), dan pen ke mana sahaja. Dapat
sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari,
berpuluh-puluh idea yang kita dapat!
Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang
efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah
anda fikirkan!
Tapi awas!!!! usah keterlaluan memerah otak,
No comments:
Post a Comment